Khamis, 28 April 2011

Sembang walet swiftlets 73- Bilik kawalan 'ada kelas'

Gambar hiasan dibawah ini menunjukkan bilik kawalan sebuah RBW berukuran lebih kurang 25 kaki x 80 kaki dengan  3 tingkat. Ia dipasang dengan 7 timer jenis hager yang mempunyai soket masing-masing. Terdapat juga dua atau tiga soket yang tersambung direk.
Apakah keperluan RBW sebesar ini telah diliputi dengan persedian ini?
Fikir-fikir kan lah....
Soket-soket tersebut nampaknya lebih dari mencukupi untuk keperluan soket untuk amplifier, agaknya seperti ini
Amplifier luar 1(LBW)
Amplifier luar 2(Bazooka)
Amplifier dalam (daytime)
Amplifier dalam (nighttime)
Amplifier panggil (daytime)
Amplifier panggil (nighttime)
TV
DVR
Modem Router
Sekiranya soket tersebut diubahsuai dengan menggunakan peralatan tertentu, satu 'outlet' boleh mengganti 2 soket untuk mengawal penggantian amplifier mengikut kehendak pengguna. 

Gambar hiasan

Selebihnya soket-soket tersebut boleh digunakan untuk extractor fan yang boleh digunakan untuk mengawal suhu dibumbung, kelembapan dibilik-bilik nesting dan juga kipas untuk menurunkan suhu amplifier. Walaubagaimana pun keperluan wiring ketempat keperluan agak jauh serta memerlukan pipa, agaknya. Sistem kawalan suhu/kelembapan dari bilik kawalan memerlukan beberapa cctv yang boleh membaca tahap suhu dan kelembapan di setiap tingkat. Munafaatnya ialah, tuan punya tidak mengganggu burung bersarang.
Mungkin aturan seperti gambar dibawah ini adalah lebih praktik lagi(timer bersebelahan alat dan plug) tetapi memerlukan laluan masuk ke tempat burung bersarang.
Gambar hiasan

Apapun elok kita gunakan electrician untuk kerja-kerja seperti ini agar keselamatan tuan punya tidak terancam, adanya. 
Moga burung walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.

2 ulasan: