Isnin, 18 April 2011

Sembang walet swiftlets 66 - LAGI RBW DIBINA DIGRIK

Gambar telephoto menunjukkan sebuah lagi 'standalone' RBW sedang dibina lebih kurang 3 kilometer dari pekan Grik, Hulu Perak. Tempatnya begitu strategik kerana terletak diatas sebuah bukit yang tinggi. Saiz nya tentunya lumayan tetapi tingginya mungkin hanya 2 tingkat, lebih kurang serupa dengan jirannya, RBW yang baru sahaja memulakan operasinya.

Tentunya pemilik ini adalah bukan bumiputera. Adakah Pak Mualaf yang mempunyai beberapa RBW disini menambah bilangan rumah burungnya?. Sebenarnya saya kurang mengetahui jawapannya.Mereka begitu sekali berani melabur diindustri ini. Mungkinkah tekad ini disebabkan pulangan yang begitu memberangsangkan? 

Adakah kita sudah mempunyai cukup ilmu mengenai penternakkan burung walit, sehingga kita pasti yang burung walit akan begitu berkembang di RBW kita? Kita perlu meningkatkan ilmu kita untuk memahami tekad mereka, mungkin 'hingga kenegeri Cina'.
Agaknya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan