Selasa, 12 April 2011

Sembang walet swiftlets 62- Kawalan suhu maksima II(Penggunaan tirai matahari)


Pada akhir tahun 2010, Syarikat Liebherr telah memasang 250 tirai berupa payung besar untuk meneduh kan dataran Masjid Nabawi di Medinah. Tiap-tiap satu adalah 20 m tinggi dan boleh melindungi 600 kaki persegi dan boleh melindungi 800 jemaah dari terikan panas dan cahaya matahari. Pembukaan tirai tersebut adalah menggunakan kuasa letrik-mekanikal dan boleh dikawal/program satu-satu dan pergerakan kelengkapannya boleh diawasi. Setiap 250 unit itu boleh dibuka/tutup dalam masa 15 minit.


Seperti yang tertera digambar diatas, pembukaan tirai matahari tersebut dapat memberikan suasana yang aman dengan suhu yang lebih rendah dari keadaan diluar. Tentunya dengan peralatan yang canggih ini, suhu sejuk dimalam hari dapat diserapkan kedalam bangunan tempat ibadah dengan penutupan tirai tersebut.

Mungkin pendekatan tersebut telah digunakan diRBW yang gambarnya ditunjukkan dibawah ini, dimana RBWnya telah dilindungi semuanya dengan sebuah bumbung yang besar. Tentunya pengawalan suhu maksima keparas yang bersesuaian dibangunan RBW ini telah tercapai. Agaknya.

DiArab Saudi, memang biasa terdapat sekelumpuk atau satu rumah besar yang dilindungi oleh bumbung besar seperti diatas ini atas tujuan yang sama, adanya.

Struktur sebesar ini tentulah agak mahal jika dibandingkan dengan bumbung bangunan seperti gambar dibawah ini. Kos tambahan untuk menambah bumbung seperti dibawah ini adalah didalam RM 7/kaki persegi, mengikut harga awal tahun lepas. Walaubagaimana pun dimaklumkan yang besi strukturnya adalah jenis ringan yang hanya sesuai di letakkan diatas bumbung yang mempunyai kekuatan seperti lantai konkrit. Sekiranya jarak diantara bumbung metal dek dengan siling adalah lumayan serta angin dapat keluar masuk dengan baik, kawalan suhu maksima keparas yang sesuai boleh diatasi.



Agaknya.
Moga burung walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan