Sabtu, 9 April 2011

Sembang walet swiftlets 60-Batu bersurat penyelamat nyawa(for some)




Batu bersurat seperti gambar ini ditanam di beratus-ratus tempat dikaki bukit, berdekatan pantai dinegeri Jepun. Ada yang sudah diletakkan 600 tahun dahulu. Ianya diletakkan oleh penduduk zaman dulu menasihatkan untuk anak-cucu mereka mengambil berat tentang bahayanya tsunami, dan ada yang memberi nasihat supaya  jangan membina rumah dibawah tanda itu. Ada juga yang mengingatkan yang ----“Always be prepared for unexpected tsunamis. Choose life over your possessions and valuables.’’
bermakna selalu bersedia untuk tsunami yang tidak dijangka, pilihlah nyawa dari benda bernilai dan barang ampunya sendiri, agaknya. Tiada pula batu yang mengatakan boleh membuat rumah diatas parasnya-mungkin menghormati kekuatan .......
Walaupun diingatin, ramai yang lupa;
a) setelah terselamat dari gempa bumi, kemudian balik melihat keadaan rumah ditepi pantai,
b) Ramai yang terus seperti biasa sibuk dengan kerja dan kehendak dunia moden  
Kebanyakkan mereka mengetahui bahayanya tsunami, sedikit terselamat tetapi kebanyakkannya .......
Penduduk sebuah pekan, Aneyoshi, bernasib baik kerana mereka mematuhi saranan nenek moyang mereka yang diingatkan melalui wujudnya batu ini ...
Tulisannya begini:'"High dwellings are the peace and harmony of our descendants," the stone slab reads. "Remember the calamity of the great tsunamis. Do not build any homes below this point." agaknya. Maksudnya lebihkurang begini : Tempat kediaman yang tinggi adalah aman dan harmoni untuk keturunan kita. Ingatlah malapetaka tsunami yang besar, jangan membina rumah dibawah tempat ini.

Apakah pengajaran untuk kita dari cerita ini? fikirkan lah.....

Begitulah juga;

Malaysia juga mempunyai batu bersuratnya tersendiri.


'Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai keTerengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat diKuala BerangHulu Terengganu pada tahun 1899........
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an. '-Sedutan Inet Wikepedia. Difahamkan sekarang ia dipulangkan ke Trengganu.

'Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-undang Islam.

Di Muka Pertama "A"
1.    RasululLah denganyangarwahsantabi mereka
2.    Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
3.    Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4.    Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallalLahi wassalama raja.
5.    Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6.    Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
7.    Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
8.    Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
9.    Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
10.  Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
11.  Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
  

Di Muka Kedua "B"
1.    Keluarga di Benua jauh  kan
2.    Datang berikan.keempat orang berpiutang.
3.    Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
4.    Kelima derma barang orang....(mar)dika.
5.    Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
6.    Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
7.    Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
8.    Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
9.    Seratus ratun jika merdeka beristeri.
10.  Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
11.  Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
12.  Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....
 

Di Muka Ketiga "C"
1.   Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
2.   Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
3.   Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
4.   Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
5.   Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
6.   Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............
Di Muka Keempat "D"1.   ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
2.   ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
3.   ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa
      keluarga ku atawa anak.
4.   ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
5.  ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.
 

Sumber: Koleksi Terengganu PPAT


Apa pula kah pengajaran untuk kita dari semua cerita ini? fikirkan lah.....

Gambar hiasan-Replika Batu Bersurat di Bulatan Ladang Kuala Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan