Rabu, 6 April 2011

Sembang walet swiftlets 57-Koloni anai-anai (an enemy or a friend)

Gambar hiasan RBW konsep moden

RBW jenis moden biasanya mempunyai konsep yang baru, menggunakan bahan dan cara binaan berlainan dari jenis standalone berkonkrit semuanya melainkan sirip, yang dipelopori oleh bangsa cina. Keperluan untuk pembinaan yang cepat dan juga kos efektif, telah membuat penternak moden memilih bahan yang berasaskan kayu untuk tiang, lantai, dinding dalam serta rasuk lantai. Ada juga memilih penebat haba yang berasaskan cellulose dimana applikasinya adalah secara sembur.

Sekiranya tidak menggunakan kayu yang dirawat atau seperti yang biasa dibuat ditaman perumahan, kemungkinan bahagian yang berasaskan kayu dibangunan itu boleh dirusakkan oleh anai-anai. Barang2 berasas cellulose juga adalah makanan anai-anai.
Anai-anai pekerja, pemusnah kayu

Hanya setelah kerusakan disebabkan anai-anai agak serius, biasanya barulah kejadian itu disedari. Masalah untuk merawat kayu selepas pemasangan ialah bau racun yang biasa digunakan, mempunyai bau yang kuat, yang boleh membuat burung kabur.

Agaknya....






Gambar famili koloni anai-anai


Pada pandangan saya semua RBW adalah terdedah kepada ancaman anai-anai, memandangkan anai-anai boleh juga berkembang ketempat lain melalui laron(winged reproductive-gambar diatas) yang boleh terbang dan setiap RBW mempunyai bahagian yang berkayu cuma setengah RBW menggunakan lebih bahagian yang berkayu. Anai-anai boleh disinarai sebagai musuh kepada penternak walet. Persoalannya adakah ianya serius jika dibandingkan dengan yang lain?, kita fikirkan. 

Laron akan tertarik kepada lampu yang kita pasang untuk menakutkan pak burhan

Lain pula situasi famili anai-anai kali ini. Kadang-kadang pada hari hujan, kita akan lihat burung layang-layang termasuk walet berebut menangkap sesuatu diudara. Sepertinya semua layang-layang dikawasan tersebut akan terlibat dipemburuan tersebut. Kemungkinan yang dikejar oleh burung layang-layang adalah laron yang berterbangan dari busut anai-anai. Nampaknya, pusingan hidup anai-anai dapat memberi makanan yang amat disukai oleh siwalet. Sianai-anai telah bertindak sebagai kawan kepada penternak walet pula.
Agaknya.
Gambar disedut dari blog walet-group. Adakah yang diburu itu laron atau setakat serangga pemakan manisan sahaja?

Kita boleh terfikirkan yang koloni anai-anai lebih memberi faedah kapada sipenternak walet daripada memberi musibah. Mungkinkah satu hari nanti, ada teknologi untuk membela anai-anai didalam RBW?. Mungkinkah ianya satu rahsia besar sekarang yang menyebabkan burung datang berduyun-duyun. Bukannya susah hendak mencari "queen" anai-anai untuk memulakan koloni kecil, kita gali sahaja busut2 di belakang RBW, harap kita berjumpa. Untuk menjadi yang "king" pula, tentunya tidak kurang yang macho2 dalam koloni tersebut yang boleh mengambil alih tugas "the king". Bukannya susah juga untuk memberi makanan. Ia memakan segala jenis cellulose termasuk kayu, tentunya satu hari nanti ia senang dibeli. RBW juga dapat memberi tempat yang sesuai untuk anai-anai membiak, seperti kegelapan dan humidity yang tinggi. Kita fikir-fikirkan lah ide ini.....
the queen 

Tahukah anda yang koloni anai-anai boleh mengawal suhu dibusut mereka didalam +- 1 C pada siang hari. Adakah kita perlu belajar dari kawan baru kita untuk mengawal suhu RBW kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan