Ahad, 27 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 51-Sarang burung diPerancis

Disneyland Paris nih memang tempat yang sejuk pada masa bulan mach, mungkin kena pakai baju 3 lapis baru tak rasa kesejukkan. Itu pun kena sedia rain top kalau ada hujan. Yang tua2 nih tau juga nak jaga badan takut kena sakit. tapi macam yang kecil-kecil tu, budak umur dua tiga tahun memang susah depa nak pakai baju yang tebal dan berlapis-lapis pula. Kena pula selalu ber Q, maklumlah orang berduyun-duyun, macam burung siwalet kita. Datangnya mereka kesini kerana ada tarikan dan juga rasa keamanan, agaknya. maakmar kadafi tak kuasa nak buat kacau kat sini kut. Tak kuasa ni tak sama dengan tak berkuasa, hehe.

Macam lah juga burung kecil ini, lihatlah ia buat sarang dengan rumput rampai diatas channel bumbung tempat ber Q tadi. Walau pun dibawahnya manusia berduyun-duyun, ia tetap rasa  aman untuk bersarang. Manusia yang dibawah ini tak kuasa nak kacau depa, bukan nak amik sarang aje, macam-macam lah lagi, amik telur lah.

Mungkin mereka kurang tahu, tentunya siburung tadi menggunakan binder, dari air liur? mungkin bindernya sedikit sahaja, alah macam seriti.   



Gambar hiasan

Gambar Sarang

Gambar hiasan siburungnya

Yang manusianya pula sibuk dengan anak-anak, tak lupa juga pasangannya. Tak kesah pun dengan burung yang bersarang tadi. Terlalu banyak benda nak tengok dan main. Ada yang menggerunkan dan ada juga menyeronokkan. Macam-macam, alam animasi, cinema, 3-D, stunt car, funfare nya routine pun ade. Yang best nya, main roller coaster-siap keluar air liur, kena muka anak kat seat belakang. macam nih. FUN that was, a  deserved one that is.

Agaknya.


http://www.youtube.com/watch?v=FiFeM92n-YE

Moga-moga burung datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan