Khamis, 10 Mac 2011

Jalan-jalan cari makan 5- Istimewa Dari Pasar Besar Siti Khadijah

Sekiranya anda keKota Baru, jangan lupa ke Pasar Besar Siti Khadijah.  Ia adalah sebuah pasar basah seperti yang lain, istimewanya ialah bahagian menjual kueh-mueh yang menjual berbagai jenis kueh kelate dan juga bahagian menjual makanan dan minuman.

Bolehlah kita survey hidangan yang baru dimasak dan yang nampak isinya 'fresh'. Bedal je. sedap, macam masak lemak kepala ikan yang gambonya dibawah ini.

Lepas makan, bolehlah pula naik ketingkat teratas,  belek-beleklah kain batik untuk yang tersayang. Bila siap aktibiti didalam bangunan, keluarlah dan perhatilah RBW2 yang kelihatan bersepadu dengan bangunan bersebelahan, bertenggek diatas bangunan asal. Yang sudah berjaya agaknya, parapetnya akan siap dengan kawat berduri, seperti mahu menghindarkan Pak Burhan(orang) dan pak burhan(burung hantu). 

Gambar hiasan- RBW2 yang bertenggek diatas bangunan 
seperti mana gasing yang menjadi permainan tradisional negeri ini.


Gambar disedut dari fascinatingmalaysia.com

Fikir-fikirkanlah, "Loaded depa nih"- ya lah, mempunyai RBW ditempat yang ada diantara terbanyak burung walet diMalaysia. "mudah-mudahan, amin"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan