Isnin, 28 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 32-Penggunaan perancah dalam pembinaan RBW

Perancah adalah scaffold. selama ni i dengar perencah. issh.


Gambar diatas menunjukkan sistem perancah digunakan untuk pembinaan RBW. Penggunaan sebegini mungkin menunjukkan yang mereka sedang hendak mengangkat bata serta kemudiannya memelaster dinding luar bangunan RBW. Tentu banyak perancah hendak digunakan. Bayangkan kalau sewaan satu perancah adalah RM 5.00 sebulan, tentunya beratus sebulan pada ketika hendak memelaster dinding luar bangunan RBW. Adapun dengan memelaster dinding luar, maka agar dinding tersebut lebih tutupan dinding dari lubang-lubang kecil yang boleh dimasuki binatang serta mencantikkan bangunan tersebut. Mustahak ke tidak keperluan memelaster adalah pilihan sendiri sahaja. Perancah juga boleh digunakan untuk sokongan kepada papan plywood ketika membuat lantai konkrit. Cara lain yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan sokongan dari kayu. 

Apabila menggunakan perancah untuk menyokong beban, tentunya kita tertanya-tanya apa kemampuan perencah tersebut. Ada perlunya untuk perkara sebegina dirujuk kepada mereka yang pakar. Untuk pengetahuan, dibawah ini rajah menunjukkan kemampuan perancah dari sebuah kilang disungai siput(U). Gambar yang sama cuma teknik ambil gambar tidak betul. maaf. 






Juga maklum bahawa ada beberapa jenis perencah lain, yang maklumatnya tidak ditunjukkan disini.
Agaknya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan