Khamis, 24 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 30- Cerita LAL aturan bertangga

Aturan dan saiz lubang LAL perlu difikirkan pada awal-awal lagi agar ianya sesuai dengan konfigurasi RBW dan kedudukan LBW serta mengambil kira keperluan-keperluan lain mengenai perkembangan walet didalam RBW dimasa hadapan. Kedudukan dinding , tiang dan ketinggian diantara lantai juga akan memberi kesan kepada kedudukan LAL. Size LAL yang biasa dipilih oleh penternak sebagai sesuai ialah 12 kaki x 12 kaki. Agaknya.
Untuk LAL aturan bertangga, kedudukan lubang tersebut adalah biasanya akan dibatas oleh kedudukan rasuk. Didalam keadaan sebegini, kesinambungan serta tahap kekuatan cahaya diantara LAL adalah mustahak.

       Gambar hiasan

Salah satu contoh pengamatan cahaya ditunjukkan digambar diatas- LAL sebaris kelubang LBW diatas. Keadaan sebegini agaknya akan menyenangkan burung keluar dari RBW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan