Isnin, 21 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 28- Bacaan suhu dan kelembapan

Graf menunjukkan suhu dan kelembapan RBW dari data logger

Didalam usaha saya untuk memenuhi keperluan kelembapan dan suhu didalam RBW, saya telah menggunakan data logger yang berbentuk seperti gambar ini, yang dapat merekod suhu dan kelembapan setiap 5 minit untuk kalau tak silap masa 2 bulan. Walaupun saya ada keraguan didalam ketepatan bacaan kelembapan selepas saya buat kaliberasi sendiri, saya belum ada pilihan lain lagi. Saya akan mencari hygrometer yang sesuai untuk perbandingan. Masa untuk pergi j pasar.


              Gambar hiasan-Data logger 

Dari graf diatas, memang ada masalah didalam kepanasan yang berlebihan didalam RBW saya. Suhu tertinggi nampaknya adalah 32 C dan tersejuk adalah 27 C, walau bagaimana pun bacaan 32C adalah pada hari pertama sahaja. Hari yang lain sekitar 31C, agak kepanasan juga. Saya sedang memikirkan untuk mengurangkannya kepada 30C adanya. Sedang difikirlah ni caranya.
Didalam hal kelembapan pula, bacaannya adalah turun naik dari lebih kurang 75% kepada 95%. Agak-agak ok kut, pasal bacaan nya pun kena tolak 5%  dari kaliberasi alat yang dibuat sebelumnya. Jamuran munkin tidak tergalak didalam situasi ini.
Maklumlah baru dua minggu berubah LBW, ada yang perlu dikotak katik kan. Apa pun ada juga 5-6 tempat yang menunjukkan tahi burung. Alhamdulillah. Kita hanya boleh berusaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan