Khamis, 17 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 25 - Semata-mata khayalan(Rumah Burung sebesarGajah)

Bayangkan RBW sebegini, sebuah RBW yang saya agak-agak mempunyai saiz lebih-kurang 40 kaki lebar dan panjang mungkin 110 kaki. Saiz yang begitu besar memerlukan ciri-ciri yang saya rasa memang terbaik untuk burung juga tuan-punya RBW. Lukisan perspektifnya adalah lebih-kurang seperti ini:




Ciri yang menarik ialah:
a) Satu ruang 'stairwell' disisi B yang mempunyai kelebaran 6 kaki, sepanjang 110 kaki pada tiap-tiap tingkat diaturkan dengan bilik-bilik stor, data, control dan rahsia. 
b) Satu ruang ventilasi selebar 6 kaki di sisi A dan sisi C, dimana angin luar akan masuk secara semula jadi dengan lubang ventilasi dibuat dari batu blok bentuk S(biasa digunakan dirumah).

c) Dinding sekat dibuat dari bata diantara bilik ventilasi dibawah b) diatas dengan bilik 'nesting'. Dinding sekat ini disediakan lebih kurang sedozen 6 inci paip PVC dan satu kotak tempat kipas.
 Nb: Ruang-ruang ini bolehlah untuk penyelengaraan juga.

d)Dinding di sisi D pula mempunyai dinding 'cavity wall' untuk tingkat atas dan dinding 9 inci untuk dinding tingkat bawah.
Cavity wall(lebih ruang antara bata)
Dinding 9 inci untuk kekuatan (ada ruang antara bata)
e)Lubang LAL pula jenis seperti tangga dimana burung dari tingkat bawah boleh melihat sampai keluar melalui LAL dan juga LBW.

Nb rujuk gambar perspektif


f) Sirip jenis yang tak bercantum, untuk sarang yang mungkin terbaik kualiti nya. (Tengok komen En Abdaf dibawah), mungkinkah depa pun tertipu juga. Fikir-fikirkan lah.


Tentunya tuan punya sudah membuat yang terbaik untuk siburung dan juga dirinya sendiri untuk menyelengaraan RBW ini. Beginilah depa agaknya, bila dah ada RBW ketiga atau lebih, berani memilih ciri-ciri yang begitu berlebihan untuk kualiti sarangnya. Apakah semua ini perlu? Mungkinkah dengan semua ini burung banyak membuat sarang?   

Nb: Comment dari Shout box(baca dari bawah)
  • abdaf malahan macam serbuk biskut pun laku rm 1K sekilo.. jangan ditipu berulang-ulang kali wahai pemilik2 RBW..
    2011-02-16 11:46 PM
     
    #

  • abdaf sayang bucu atau mangkuk ke sama jer harga.. paling rendah yang kita bole jual rm 30 sebiji sarang.. info yang amat berguna2
    2011-02-16 11:45 PM
     
    #

  • abdaf salam semua.. makluman sarang burung sebenarnya dijual tanpa gred coz ia akan dicuci dan dibentuk semula.. sumber tempat pemprosesan sarang burung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan