Selasa, 15 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 23-Peranan KACA-SUSU dalam perancangan RBW

Dari sembang yang lalu;
'Istilah KACA-SUSU datangnya dari pemendekkan perkataan berikut:



botol susu plastic(bukan botol SUSU-KACA)




K: Kelembapan
A: Aroma

CA: Cahaya
SU: Suhu
SU: Suara 


Istilah tersebut disatukan oleh saorang konsultan dari Indonesia.  Keadaan rumah burung yang sesuai untuk diduduki oleh burung walet / swiftlets seharusnya mematuhi  ciri-ciri komponen  tersebut seperti berikut:
Kelembapan: seharusnya 80% hingga 90%
Aroma: bersusuaian dengan bau-bau rumah walet yang berpenghuni
Cahaya: ada orang kata remang2 
Suhu: 27 C-30 C agaknya
Suara:boleh dicuba kesesuaiannya.
              ciri2 diatas hanyalah 'estimate' saja
Kegagalan memenuhi kehendak komponen keadaan atau keadaan komponen rumah burungnya tidak konsisten , maka penambahan populasi burung tidak akan tumbuh seperti sepatutnya. '.

Didalam perancangan sebuah RBW, komponen-komponen KACA-SUSU adalah salah satu perkara yang perlu diambilkira, Selainnya mungkin perkara-perkara yang diambilkira adalah perkara yang melibatkan kos seperti pilihan barang yang murah tetapi juga sesuai untuk RBW, juga barang yang melibatkan masa seperti untuk waktu penyerahan barang-barang yang dipesan juga perkara yang melibatkan pekerja seperti masa yang mereka boleh memulakan kerja serta ketersediaan mereka bekerja untuk jangkamasa pembinaan RBW selama lebihkurang 6 bulan.  Perkara-perkara ini adalah mustahak memandangkan ianya boleh memberi kesan terhadap harga pembinaan, senggaraan atau masa ianya siap.
Komponen KACA-SUSU yang begitu perlu diambil kira ketika perancangan adalah komponen yang boleh memberi kesan kepada suhu, cahaya serta kelembapan, setakat tertentu. Komponen lain seperti aroma dan suara boleh diambil perhatian ketika penyengaraan RBW.
Masalah kelembapan yang rendah boleh diatasi dengan mengadakan mesin humidifier yang tak seberapa harganya dibanding dengan barangan RBW yang lain. Dengan adanya kontroller yang boleh menghidupkan serta mematikan mesin humidiifier pada tika kelembapan yang ditetapkan, ianya telah tidak begitu memerlukan perancangan. Faktor kelembapan yang tinggi mungkin memerlukan pengamatan yang berbeza pula ketika perancangan RBW. Mungkin sesuatu boleh dibuat keatas jenis barang atau kombinasi barang yang diguna untuk dinding, lantai dan lain2 yang boleh direka bentuk untuk menangani masalah tersebut ketika operasi.
Sepertinya juga, masalah mengenai suhu juga perlu ditangani ketika perancangan lagi. Didalam pandangan saya, reka-bentuk mengenai suhu ini boleh menjimatkan kos dan juga masa dimana RBW kita akan cepat menjadi sesuai kepada siwalet. huhu. Sekiranya suhu RBW menjadi sejuk sehingga 25 C, tentunya persekitaran tersebut tidak sesuai untuk pembiakan burung walet. Begitu juga untuk faktor suhu ini, jenis barang yang melibatkan dinding, lantai dan barang penebat haba boleh disatukan untuk mendapatkan suhu yang optima tanpa kita menanggung kelewatan RBW kita beroperasi penuh.
Soal cahaya juga perlu pengamatan dimasa perancangan lagi. Perkara tersebut pada yang pakar tentunya 'simple'  memandangkan ia memerlukan pengalaman dan pengamatan diRBW yang sudah siap. Bagi yang baru pandai merancang tentunya memerlukan nasihat dari sifu-sifu yang bersedia memberi tunjuk ajar seadanya.
Maksud sembang ini ialah, ada perkara-perkara yang boleh diambilkira ketika perancanan RBW, yang boleh menjimatkan dan mempercepatkan RBW anda beroperasi sepenuhnya. Agaknya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan