Khamis, 3 Februari 2011

Sembang Walet Swiftlet 8- Arah perletakan sirip

Sirip adalah tempat untuk burung walet bersarang. Ianya diletakkan disiling bilik nesting. Pemilik2 RBW di negara ini biasanya memilih sirip kayu ber alur dan dari jenis kayu meranti bukit. Pilihan lain yang saya pernah dengar ialah sirip dari konkrit dan kepingan aluminium.
Formasi sirip biasanya berkotak-kotak dengan mempunyai saiz lebih-kurang 16 inci dengan 36 inci ataupun berbaris tanpa sirip penyambung dihujung atau diantara papan sirip. Perbezaan diantara dua cara ini ialah perletakan sirip yang kemudian akan mengeluarkan sarang yang lebih mahal. Penggunaan sirip jenis yang berkotak akan memberikan sarang yang berbentuk bucu. Walau bagaimana pun, penggunaan sirip yang berkotak diharap menyenangkan burung bersarang.
Secara terperinci, sirip yang dipilih seharusnya jenis yang 'kiln-dried', dengan harapan yang ianya dapat mencegah perkembangan kulat yang boleh membiak diRBW. Saiz(ketebalan, lebar dan panjangnya) sirip juga adalah isu yang perlu dikaji, kerana apabila sirip sudah terpasang disiling, maka amat sukar dan mahal sekiranya ia dipilih untuk ditukar. Serupa juga isunya dengan bilangan alur yang terdapat pada papan tersebut.   Kos juga perlu diambil kira didalam hal ini.
Arah perletakan sirip adalah bergantung kepada sekurang-kurangnya perletakkan LBW,LAL dan LAR. Ianya harus memberikan kawasan sirip terlindung yang terbanyak. Maksudnya, sisi kotak yang memanjang harus diletakkan 90 darjah dengan arus cahaya yang datang dari samaada dari LBW, LAL atau LAR. Pilihan demikian adalah disebabkan oleh burung walet yang lebih suka tempat yang lebih gelap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan