Rabu, 2 Februari 2011

Sembang Walet Swiftlet 6-Hati-hati bila menggunakan styrofoam

Styrofoam adalah nama cap dagang yg dipunyai oleh syarikat Dow untuk produk polystyrene. Kedua-dua nama ini boleh digunakan tetapi foamed polystyrene adalah lebih tepat. Agaknya. Produk ini adalah sesuai untuk digunakan sebagai bahan penebat(insulation). Ianya mula digunakan di RBW oleh saorang konsultan yg famous dari Indonesia.
Penggunaan di RBW biasanya secara kepingan sama ada dengan ukuran 4 kaki x 8 kaki atau 2 kaki x 4 kaki. Ketebalan yang biasa digunakan ialah 2 inci. Harga sekaki persegi adalah lebih-kurang 50 sen. Agaknya.
Produk ini adalah penebat haba dan juga kalis air.
Penggunaannya untuk menebat haba akan memberi kesan kepada tahap kelembapan.  Sekiranya semuanya mujarab, maka tahap suhu didalam bangunan RBW boleh turun kepada 25 C dan tahap kelembapan pula naik 99%. Sekiranya keadaan sebegini, siampunya kenalah kotak katik lagi untuk keadaan yang lebih sesuai untuk walet /swiftlets.
Selain dari yang diatas, hati-hatilah mengenai tahap kepadatan produk ini kerana dengarnya ada 5-6 jenis yang berbeza kepadatan dan mempunyai harga yang berlainan.  Ianya boleh mengelirukan sekiranya membuat perbandingan diantara syarikat pembuat berlainan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan